"Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah."

10 February 2010

Lawatan Jururawat Pergigian

Jururawat dari Klinik Pergigian Tumpat telah mengadakan lawatan ke Kelas Anjung Afektif pada 31 Januari lalu. Beberapa aktiviti telah dijalankan untuk murid-murid seperti ceramah, tunjuk cara dan amali menggosok gigi.Setiap murid mendapat berus gigi percuma sebatang seorang dan ubat gigi untuk kelas.

19 January 2010

Saya Ada Kawan

Minggu kedua persekolahan berlalu dengan suasana gembira dan ceria. Anak-anak Anjung Afektif mengikut perhimpunan mingguan pada hari Ahad dalam keadaan terkawal. Mereka beratur dengan baik dan duduk dalam keadaan sopan sepanjang majlis walau pun masih dalam kehairanan.

Sepanjang minggu ini merupakan minggu yang ceria bagi mereka. Mereka sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah dan kawan-kawan sekelas. Waktu bermain nampak jelas bahawa mereka sememangnya telah mempunyai kawan. Seronok.

Walau pun begitu, masih terdapat seorang dua pelajar yang belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan sebaya.



10 January 2010

Anjung Afektif 2010

Gambar-gambar pilihan Anjung Afektif - Prasekolah SK Kok Pasir


Album ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Gambar-gambar lain dapat dilihat melalui pilihan label 'Album'